Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillahirabbil alamin..Wossolatu wassalamu a'la ashrafil mursalin..saiyidina Muhammadin khotimin nabiyyin. Wa a'la alihi wasohbihi ajmain. Allahumma inna nas aluka minalkhairi kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lamna'lam..wa na u'zubika minash sharri kullihi a'jilihi wa ajilihi ma a'limna minhu wama lam na'lam. Allahumma ya fatahu ya a'lim..
Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan sama ada yang aku telah tahu atau yang belum aku ketahui, kurniakan kepadaku nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat yang membara bagi mempertingkatkan segala kebaikan dalam hidup ku.
Wahai Tuhan, aku memohon rahmatMu, nikmat dan ihsan, menadah tangan berdoa memohon taufik dan hidayahMu, petunjuk dan inayahMu, bukakanlah hati dan fikiranku dalam menyumbang buah fikiran dan pendapat yang bernas lagi bermanfaat bagi mengembang dan mempertahankan syariatMu serta mengangkat darjat umat.
Ya Rahman, bukakanlah pintu hati ku dengan kebijaksanaan ilmu dan hikmah.
Allahumma, aku sentiasa mengharapkan bimbingan rahmatMu, kerana itu janganlah engkau membiarkanku mengendalikan urusanku sendirian tanpa hidayahMu, walau sekecil mana pon urusan itu.
Wahai Tuhan ku, tiada perkara yang mudah melainkan Engkaulah yang menjadikan ianya mudah. Engkaulah jua yang dapat menjadikan sesuatu yang sukar itu juga menjadi mudah sekiranya Engkau mengkehendaki.
Ya Allah, aku mohon perlindunganMu dari segala keburukan, hasad dengki dan irihati, sama ada aku telah tahu atau yang belum aku ketahui..
Ya Allah, makmurkanlah hidup ku dan saudara-saudara Islam ku dengan limpahan rahmat dan kasihMu..Perteguhkanlah hubungan tali silaturrahim di kalangan kami. Lembutkanlah dan satukanlah jiwa-jiwa kami, agar wujud kesepakatan dan kesefahaman antara kami bagi menunaikan amanahMu dengan lebih berkesan.
Jadikanlah kami bangsa yang taat kepadaMu, kuat berusaha dan mampu menghadapi segala cabaran serta ingin terus maju kehadapan sesuai dengan peredaran zaman bagi meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara.
Amin ya Rabbal alamin.. Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina a'za bannaar..wasallallah hu a'la saiyidina Muhammadin wa a'la alihi wasohbihi wa barak wasallam. walhamdulillah hi Rabbil a'lamin.
Amin.