Setiap dari kita pasti suka menerima pemberian berupa hadiah. Apatah lagi hadiah itu dari orang tersayang atau pasangan hidup kita. Perasaan teruja dan gembira menerima sesuatu yang baik seperti hadiah memang merupakan fitrah sifat semulajadi manusia. Manusia sangat sukakan sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya. Sementelah pula ianya tidak perlu dibayar kerana ia merupakan pemberian tanda ingatan atau tanda kasih dan sayang yang sewajarnya kerana Allah.
Hadiah atau pemberian ini mungkin datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Hadiah mungkin berupa semburan wangian berjenama, alat-alat elektrik, gajet terkini, barang-barang kemas seperti emas, tiket dan penginapan bagi percutian di luar negara serta banyak lagi. Jika dihalusi semua bentuk hadiah yang disebutkan itu semuanya mempunyai nilai yang mungkin boleh mencecah ribuan ringgit harganya. Tentunya si penerima hadiah atau pemberian ini amat teruja menerimanya. Bertambah eratlah dan bertambah kasihlah kita kepada si pemberi hadiah kerana kebaikannya.
"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia, kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang (ternakan) dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allahlah tempat kembali yang terbaik." (Al Imran:14)
Namun, ada juga yang memilih untuk memberi hadiah atau pemberian ini berupa bahan-bahan berkaitan dengan kerohanian atau lebih tepat lagi berkaitan dengan agama seperti bahan bacaan berkaitan Islam, tikar sejadah, biji tasbih, naskhah Al-Quranul Qarim, cakera padat ceramah-ceramah agama atau nasyid, kain telekung dan sebagainya. Apa yang menyedihkan adalah bentuk hadiah seperti ini seperti tidak disenangi sipenerima hadiah. Terima pon sekadar syarat atau menjaga hati. Terkadang riak mukanya terlihat seolah tidak senang hingga tak terucapkan perkataan terima kasih dari bibirnya. Sedang bila dia menerima hadiah barang kemas bernilai ribuan ringgit sebagai contoh dari suaminya, masyaAllah berulang kali ucapan terima kasih dilafaz tanpa sedar dek kerana terlalu gembiranya. Malah diberikan lagi bonus ciuman dan pelukan tanda terima kasih tak terhingga buat suami yang telah berbelanja besar membelikan hadiah itu. Betapa seolah nilai kasih suaminya sama nilai dengan barang-barang atau hadiah bernilai ribuan atau mungkin bagi yang lebih mampu nilainya mungkin mencecah jutaan ringgit.
Bagi yang memberi hadiah atau pemberian yang berkaitan kerohanian dan agama pula seolah nilai kasihnya tidak pon sebanyak mana. Terkadang seperti dipersoal pula sama ada benar-benarkah sayang atau sebaliknya. Amat berbeza sekali. Hendak dikatakan tak suka sebab harganya murah rasanya tidak juga. Adakalanya nilai harganya seperti contoh pakej umrah atau pakej menghadiri seminar berkaitan agama juga mencecah ribuan ringgit dan setanding dengan hadiah yang lainnya. Namun sipenerima tetap berfikir dua kali malah mungkin lebih sama ada mahu menerima atau sebaliknya. Sedangkan jika hadiah tersebut berupa kebendaan atau bersifat keduniaan, kita tanpa berlengah menerima dan tidak sabar-sabar mahu melakukannya. Tidakkah kita terfikir bahawa mereka yang seperti ini sayangnya lebih dalam kepada kita kerana kasihnya melampaui kasih di dunia malah sampai ke akhirat. Sedarkah kita bahawa ingatannya kepada kita sehingga mahu bersama-sama kita berada di syurga Allah kelak? Dia tidak mahu kita ditinggalkan terus alpa dengan kesenangan dunia yang sementara. Dia mahu dirinya dan juga kita yang selalu diingatinya bersama-sama memperbaiki diri, mencari redha Allah dan menuju taman-taman indah di Syurga sepertimana janji-janji Allah. Itulah hadiah yang tak ternilai harganya.
Tetapi berapa ramaikah antara kita yang menghargainya? Marilah kita sama-sama sedar dan sayangilah orang yang menyayangi kita sampai ke akhirat sana..InsyaAllah.

" Dan ketahuilah, sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu hanyalah fitnah (ujian) dan sesungguhnya di sisinya Allah itu pahala yang besar." (Al Anfal 8:28)
"Katakanlah: jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu.." (Al Imran:31)
No comments:
Post a Comment